















SELBIZ kembali... dan lebih hebat daripada sebelumnya!
Bersedia untuk hujung minggu yang menggegarkan apabila SELBIZ 2025 kembali dengan sorotan program baharu yang mendebarkan! Edisi tahun ini menampilkan pempamer berasaskan teknologi, konsert yang imersif, Fun Run SELBIZ pertama kami, E-Sports Grand Finals yang penuh adrenalin, serta pelbagai aktiviti menarik untuk kanak-kanak dan seisi keluarga.
Sertai lebih 20,000 pengunjung dalam satu pesta penuh warna-warni merangkumi beli-belah, hiburan, sukan, makanan dan keseronokan! Daripada trend makanan viral dan persembahan artis popular secara langsung hinggalah pameran teknologi generasi baharu, SELBIZ 2025 adalah destinasi utama anda untuk menerokai yang terbaik daripada inovasi Malaysia, jenama tempatan dan gaya hidup digital.
Masuk Percuma 3 Hari, 200 Pempamer, 1 Pengalaman Hebat
Masuk Percuma 3 Hari, 200 Pempamer, 1 Pengalaman Hebat
Pencapaian Terdahulu
150
Pengunjung
0
Reruai
RM
0
M
Transaksi Jualan
Butiran Acara
01
Lokasi: Pusat Konvensyen Shah Alam
Tarikh: Jumaat–Ahad, 28–30 November 2025
Waktu: 10 Pagi – 10 Malam setiap hari
02
Kemasukan: PERCUMA buat semua pengunjung
Dianjurkan oleh: Bahagian Pembangunan Usahawan, PKNS
03
Konsert: 28 -30 November 8PM-10PM
Larian Santai Keluarga: 30 November Flag-off 7.30AM
E-Sports FC 26: 30 November 10AM - 7PM
Zon Kanak-kanak: 29 – 30 November, 10 Pagi – 1 Tengah Hari
Zon Parking
8 Sebab Kenapa Anda Perlu Hadir ke Selbiz 2025
Ekspo
Selbiz 2025 menghimpunkan lebih 100 booth yang mempamerkan pelbagai produk, jenama dan inovasi terkini. Pengunjung boleh meneroka peluang baharu, berinteraksi dengan usahawan serta menikmati pengalaman pameran yang penuh variasi.
Konsert Gempak
Konsert Gempak selama tiga hari ini menampilkan barisan artis hebat seperti Dayang Nurfaizah, Haqiem Rusli, Adira Suhaimi, Black Hanifah, Nabila Razali, Zarul Umbrella dan ramai lagi. Dengan pentas moden, pencahayaan dinamik dan audio berkualiti tinggi, ia menjanjikan pengalaman hiburan imersif yang menjadi kemuncak Selbiz 2025.
Larian Santai Keluarga
Sertai larian santai 5KM yang akan bermula pada 7.30 pagi. Aktiviti ini sesuai untuk semua lapisan umur, menyatukan keluarga sambil menggalakkan gaya hidup sihat dalam suasana yang ceria dan menyeronokkan.
E-Sports FC 26
Pertandingan 1 vs 1 FC 26 bakal berlangsung pada 30 November 2025 dengan hadiah terkumpul RM2,000. Terbuka kepada peserta 9 tahun ke atas (persetujuan ibu bapa bagi bawah 18 tahun). Yuran penyertaan ialah RM30 dan pendaftaran dibuka pada 1 Oktober 2025. Acara ini meriah dengan semangat persaingan sihat dalam arena e-sukan moden.
Podcast
Rakaman podcast secara langsung bersama Zarul Umbrella dan Da’i Izzhar Nazri membawa perkongsian inspirasi, pengalaman menarik serta perbualan santai yang menghiburkan pengunjung Selbiz 2025.
Zon Kanak-Kanak
Kids Zone by Nims menawarkan pelbagai aktiviti interaktif seperti maskot animasi, sand art, face painting, batik painting, cotton candy, popcorn, balloons dan permainan imersif. Diadakan pada 29 & 30 November 2025, zon ini menjadi tarikan mesra keluarga yang menyeronokkan dan selamat untuk kanak-kanak.
Cabutan Bertuah
Lebih 100 hadiah menarik menanti pengunjung bertuah! Cabutan bertuah akan berlangsung sepanjang acara, memberi peluang kepada semua untuk memenangi pelbagai hadiah eksklusif.
Sembang Niaga
Sembang Niaga membincangkan topik penting seperti digitalisasi, automasi, AI, e-dagang, pembiayaan digital serta geran kerajaan. Sesi ini membantu usahawan memahami strategi moden dan memanfaatkan teknologi untuk mengembangkan perniagaan secara lebih berkesan.