Selamat Datang Ke Laman Web Rasmi SELBIZ 2022

Dianjurkan secara khas oleh Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS, Ekspo Usahawan Selangor SELBIZ 2022 bertujuan untuk membantu usahawan yang ingin memulakan perniagaan baharu dan mengembangkan perniagaan melalui rangkaian program keusahawanan dan kemudahan perniagaan.

Anjuran Khas Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS

Bahagian Pembangunan Usahawan PKNS diwujudkan atas dasar untuk membina masyarakat usahawan Bumiputera melalui pembudayaan, pembangunan, pemantapan dan jaringan usahawan. Pelbagai program keusahawanan yang telah dianjurkan seperti Program GROW, PKNS BizClub, dan Program Akademi Pembangunan Usahawan.

OBJEKTIF PENGANJURAN EKSPO SELBIZ 2022 ADALAH:

  • Memberi peluang kepada usahawan “start up” untuk memperkenal dan mempromosikan perniagaan.
  • Membantu usahawan yang telah ada nama di pasaran untuk meningkatkan jenama produk serta berpeluang meluaskan pasaran perniagaan.
  • Meningkatkan jaringan perniagaan kepada usahawan PKNS melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara Business To Business (B2B).
  • Memberi peluang kepada usahawan dan orang awam untuk mendapatkan info secara terus dengan agensi keusahawanan dan syarikat-syarikat “anchor” yang terlibat dalam acara-acara yang disediakan di EKSPO SELBIZ 2022.
  • Menyediakan ruang untuk usahawan dan bakal usahawan mendapatkan bimbingan keusahawanan secara walk-in dengan kaunselor Klinik Usahawan Selangor sepanjang EKSPO SELBIZ 2022 berlangsung.

Segmen Fokus

SELBIZ 2022 membawa 9 segmen fokus yang bakal memberi impak maksima kepada semua peserta.

BORAK BISNES

Membincangkan isu-isu keusahawanan bersama Panel-Panel Profesional.

• Dari Tepi Jalan Ke Gedung Besar
• Road To Global
• Adakah Anda Seorang Usahawan
• Kepentingan Halal

BUSINESS MATCHING

Your network is your networth! Jangan lepaskan peluang untuk mengintai peluang mengembangkan jenama anda. Antara jenama yang turut serta:

• Malakat Mall
• Tekun Nasional
• MARA
• Khidmat Perbankan

BOOTH PAMERAN

160 booth usahawan bumiputera & Agensi Kerajaan terpilih. Pelbagai aktiviti seperti:

• Booth tercantik
• Booth paling tinggi jualan
• Booth paling ramai pengunjung
• Booth paling viral

BOOTH SELEBRITI

Sesi meet & greet bersama 10 booth selebriti yang juga usahawan untuk memberikan sesi perkongsian pengalaman.

MAKAN MAKAN

Pelbagai makanan tempatan dan antarabangsa yang lazat dan viral yang pasti memenuhi citarasa anda.

ACARA PENTAS & HIBURAN

Bernyanyi dan berhibur dengan persembahan Buskers dan local acts. Anda berbakat? Mari turut serta dan upload di media sosial.

CABUTAN BERTUAH

Lebih 100 hadiah lucky draw untuk dimenangi oleh para peserta SELBIZ 2022! Hanya perlu daftar sahaja!

KLINIK USAHAWAN SELANGOR

Sesi keusahawanan one to one bersama coach perniagaan untuk bantuan khidmat nasihat dan panduan.

ZON KANAK-KANAK

Ruangan khusus untuk anak-anak kecil bermain sementara anda mengunjungi booth pameran dan membeli belah.

Daftar Sekarang & Anda Berpeluang Memenangi Cabutan Bertuah

Pendaftaran Pempamer

Pendaftaran Pelawat