Days
Hours
Minutes
Seconds

Ekspo Usahawan Selangor SELBIZ 2024

Ekspo Usahawan Selangor kembali lagi dengan pelbagai aktiviti menarik seperti booth jualan usahawan, festival makanan, padanan perniagaan, cabutan bertuah, dan konsert gempak@SELBIZ. Sertai ribuan pengunjung untuk menikmati pelbagai produk unik, makanan lazat, perkongsian ikon usahawan, serta hiburan yang menggegarkan. Ayuh, 'Melangkah Lebih Jauh' bersama usahawan-usahawan hebat di SELBIZ 2024!

PEMPAMER 2023
0 +
PENGUNJUNG 2023
0 +
#MelangkahLebihJauh

OBJEKTIF PENGANJURAN EKSPO SELBIZ 2024:

Peluang untuk Usahawan Muda

Memberi peluang kepada usahawan “start up” untuk memperkenal dan mempromosikan perniagaan.

Peningkatan Jenama

Membantu usahawan yang telah ada nama di pasaran untuk meningkatkan jenama produk serta berpeluang meluaskan pasaran perniagaan.

Jaringan Perniagaan

Meningkatkan jaringan perniagaan kepada usahawan PKNS melalui pendekatan jaringan perniagaan (business networking) secara Business To Business (B2B).

Akses Maklumat Secara Langsung

Memberi peluang kepada usahawan dan orang awam untuk mendapatkan info secara terus dengan agensi keusahawanan dan syarikat-syarikat “anchor” yang terlibat dalam acara-acara yang disediakan di EKSPO SELBIZ 2024.

Bimbingan & Kaunseling

Menyediakan ruang untuk usahawan dan bakal usahawan mendapatkan bimbingan keusahawanan secara walk-in dengan kaunselor Klinik Usahawan Selangor sepanjang EKSPO SELBIZ 2024 berlangsung.

SEGMEN FOKUS

SELBIZ 2024 menampilkan '15 Segmen Fokus' yang dapat memberikan manfaat besar kepada semua pengunjung.
RERUAI JUALAN
Platform untuk usahawan mempromosikan, menjual produk kepada pengunjung.

  • 200 booth usahawan pelbagai
  • 9 booth usahawan kopi
  • 20 booth usahawan makanan dan minuman
  • PAVILION PKNS
    Berkaitan semua perkhidmatan yang ditawarkan PKNS termasuk jualan hartanah PKNS.
    PAVILION BPU, PKNS
    Mempromosikan inisiatif dan maklumat berkaitan program pembangunan usahawan yang ditawarkan PKNS.
    SEMBANG
    NIAGA
    Perkongsian isu keusahawanan bersama panel profesional dan usahawan berjaya. Aktiviti yang dijalankan:

  • BIZTALK
  • DEMO PRODUK USAHAWAN
  • PEMADANAN PERNIAGAAN
    Your network is your networth! adalah peluang melebarkan jenama perniagaan dengan kerjasama organisasi lebih besar.
    KLINIK
    USAHAWAN
    Sesi bimbingan secara one-to-one dalam memberi bimbingan khidmat nasihat dan panduan dalam perniagaan.
    ZON KANAK-KANAK
    Petting Zoo dan Perkhidmatan Penjagaan Kanak-kanak oleh Kiddocare
    SELBIZ CERIA
    Zon yang direka khas untuk seisi keluarga menikmati masa bersama dengan aktiviti yang menarik dan menghiburkan.

  • FAMILY MINI GAME
  • QUIZ TIME
  • SELAWAT @ SELBIZ 2024
    Program keagamaan dan kerohanian bersama tokoh agama yang terpilih selain perkongsian konsep perniagaan Islam.
    KONSERT GEMPAK @ SELBIZ 2024
    Menampilkan artis dan pempengaruh tempatan yang ternama dengan persembahan istimewa kepada pengunjung.
    PAMERAN SELBIZ
    Menyediakan pelbagai pameran dan maklumat kepada pengunjung. Antara yang ditawarkan:

  • TECH AREA
  • PAMERAN KERJAYA
  • PAMERAN INSTITUSI PEMBIAYAAN
  • PAMERAN RUMAH SELANGORKU
  • PESTA RASA
    Menghimpunkan pelbagai jenis hidangan lazat dan viral.

  • FOOD FESTIVAL
  • FOOD CHALLENGE
  • FIESTA COFFEE
  • SELBIZ SIHAT
    Mempromosikan program dan aktiviti kesihatan bagi mewujudkan kesedaran dalam kalangan masyarakat.
    Antara aktiviti yang dijalankan adalah:

  • Hari Sukan SELBIZ (Penalty Shootout/ Netball 3 on 3)
  • SELBIZ Obstacle Run
  • SEGMEN INTERAKTIF
    Acara hiburan yang menawarkan pengalaman unik kepada pengunjung melalui pelbagai aktiviti interaktif antaranya :

  • TEH TARIK SHOW
  • BUSKING
  • CABUTAN BERTUAH
  • SEGMEN KHAS
    Menyediakan pelbagai topik menarik, persembahan eksklusif, dan aktiviti interaktif yang tidak hanya menghiburkan tetapi memberi kesedaran.

    Antara segmen menarik :

  • KAUNTER PERKHIDMATAN BERGERAK
  • JUALAN RAHMAH
  • HAPPY HOUR